Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Terengganu mengalu-alukan pelajar IPTA/IPTS peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang berminat untuk menjalankan Latihan Industri di Jabatan kami. Permohonan ini adalah hanya untuk pelajar yang ingin mengikuti latihan industri di Jabatan Kastam Diraja Malaysia Terengganu, Kuala Terengganu dan Kemaman sahaja.
Pelajar yang berminat mengikuti Latihan Industri di sini perlu mengemukakan surat permohonan pelajar melalui Sistem ini dengan mengemukakan:
1. Surat Permohonan daripada IPTA/IPTS
2. Resume
3. Traskrip Peperiksaan
Permohonan hanya akan diproses tiga (3) bulan sebelum tarikh menjalani latihan industri.
Pelajar perlu membuat permohonan selewat-lewatnya satu (1) bulan sebelum tarikh latihan industri bermula.
SYARAT-SYARAT UMUM
Penempatan pelajar-pelajar latihan industri di JKDM Terengganu adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:
1. Pelajar adalah meliputi pelajar yang mengikuti pengajian di IPTA/IPTS di dalam dan luar negara dimana bidang pengajian yang diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA);
2. Pelajar terdiri daripada warganegara Malaysia;
3. Latihan industri yang diduduki merupakan salah satu syarat untuk pelajar menamatkan pengajian dengan jayanya;
4. Tempoh latihan industri tertakluk kepada tempoh yang ditetapkan oleh IPT;
5. Diperakukan oleh Ketua Dekan/Ketua Program di IPT masing-masing.
| NAMA | NOMBOR TELEFON |
|---|